Thursday, November 4, 2010

JAMU

Macam tak caye je kan C.E buat entry pasal Jamu..? Ada kaitan ke dengan C.E..? haha.jeng jeng..haruslah ada, kalau tak, buat ape C.E nak cerite..


Baru2 ni C.E beli jamu cap Nona Roguy dari Kak Zarina (programmer kat dept C.E) . Yang penting bukan Jamu Mak Dara yer..haha..Die telah mempromote jamu tu dekat C.E dgn jayanya. Kalau tak berjaya takkan C.E beli kot. C.E tak penah makan jamu segala bagai ni. Rasa macam seram je dengar..! Dengan usia semuda ni, C.E dah berani nak makan bende2 macam ni. OH NO..!


Sebenarnya jamu yang C.E beli ni untuk kembalikan tenaga and buang segala angin pus pus kat dalam badan C.E..Al-maklumlah C.E ni kan jenis pompoan yang banyak angin. Angin ni la yang kadang2 buat C.E cepat pening and lepas tu mulalah nak datang migrain.


Satu lg jamu yg C.E beli ni untuk bagi C.E sentiasa rasa kenyang and tak lapar. C.E ni cepat je rasa lapar. Mulalah time tu nak cari biskut, roti and segala junk2 food yang tak patut..Sebenarnya benda tu lah yang menggemukkan C.E. Hampeh je kalau tak makan nasi berbulan-bulan, tapi layan segala makanan ringan. Kan sama je..? baik tak payah diet..OH..! cukuplah mengutuk C.E ye. C.E akan cube mengurangkan makan makanan yang ringan dan berlemak krim tu. Huhu


Siyesly bile C.E makan jamu yang bagi tenaga tu C.E terasa kesannye sangat memberansangkan. Makan dua biji dah rasa lain macam. Kak Zarina kate, mule-mule makan C.E akan rasa sangat mengantok and asyik keluar masuk toilet je. Yer memang satu kisah benar. Pagi ni bile C.E bantai je makan jamu tu 2 biji, mata C.E ni asyik nak terlelap je. Pastu berkali2 C.E keluar masuk toilet. Fuh..baru satu hari beb..!


Cuma C.E belom try lagi makan jamu untuk bg kenyang tu lagi. Yang tu kena makan sebelom/selepas makan malam. Kak Zarina kata “Awak cuba dulu, kalau tak berhasil dalam masa seminggu, akk akan pulangkan duit”..Hah, macam ni la baru best..Sekurang-kurangnya kalau jamu ni tak menjadi, takdelah rasa rugi ke ape..sebab duit kite dapat balik.


Kalau korang tak tau pasal produk Nona Roguy ni haruslah menggunakan khidmat Google yer. Yelah kalau takut produk ni tak diiktiraf and so on. Lagipon produk ni da lama establish kot. Takde pulak dgr cite buruk2.


So kalau nak tau kesannyer kat C.E, tunggu lagi seminggu OK. Jadi ke tak jadi, itu kita tak tau.


Sila2 rajinkan diri untuk klik ke laman web di bawah :

http://www.nr4u.com.my/index.php

No comments:

TENKIU Singgah

  

Jom share link blog korang ❤

✖DO&DONT✖

♥Kalau suka sama CIK ERYN♥
♥Sila klik pada TABUNG MASA DEPAN beliau♥
♥Di sebelah kiri blog♥

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ye!!
Kalo rase belog CIK ERYN menyakitkan mata..memedihkan telinga
SILE KELUAR IKOT PINTU KANAN!!OK:)

♥ Senaman untuk menghilangkan mengantuk
atau stress ♥