Sunday, December 19, 2010

Benci, menyampah dan geram..!

Hurmmmmmmmmmmmmmmmmm
Entahlah macam mana nak cerita..? Rasa macam nak lempang laju-laju kat orang tu..! atas semua perbuatan dia..atas semua penipuan yang dia telah buat kat C.E..

2 tahun bersamaan dengan 712 hari aku memberi sepenuh cinta dan kasih sayang aku pada kau..! aku sayang kau dengan penuh jujur, tanpa ada kecurangan dan pendustaan. TAPI kau yang bernama LELAKI, cuma manis berkata-kata. Menyatakan cinta dan sayang hanya pada luaran tapi bukan sepenuh hati kau..

Tak sangka kan..! Selama ni kau cuma anggap aku SKANDAL kau. Serendah itu kau letakkan aku dari sudut pandangan mata hati kau..? Tak pernah aku pikir aku akan diletakkan dalam kategori perempuan macam tu. Seorang budak DEGREE yang dianggap hanya skandal di mata hati kekasihnya. Aku REDHA..

Aku sangkakan kau lah lelaki yang aku cari-cari selama ni.
~Bakal memimpin aku untuk menjadi lebih baik agar aku dapat menjadi seorang perempuan dan isteri yang solehah. Agar aku dapat menjaga kau semasa sakit, duka dan sengsara kau. Agar aku dapat menjaga keluarga kau yang hanya harapkan kau untuk mengubah kehidupan family~

Kau tahu betapa sakitnya hati, jiwa dan perasaan aku bila dapat tahu kebenaran..? Kau takkan tahu dan kau takkan rasa..sebab kau sekarang tengah bergembira dan berbahagia selepas menipu perasaan aku. Ye..! memang aku akui, mmg aku SUSAH nak lupakan kau. Sebab aku bukan lah seorang perempuan yang mudah memberi cinta. TAPI aku silap memberi hati pada kau. Sebab di mata kau aku bukanlah orang yang PENTING dalam kehidupan kau.
Kalau aku penting kau takkan buat aku macam ni..?

Kau jangan ingat pasal kau aku nak buat benda-benda BODOH..! sebab aku memang tak ingin pon nak buat semua tu sebab aku masih ada maruah dan harga diri..Aku ada impian dan cita-cita yang tinggi dan aku tak akan pernah putus asa sebabkan CINTA yang kecundang..
Semangat aku masih kuat walaupun hati aku dah sangat terluka atas perbuatan kau selama ni..

Entah jiwa manusia apa yang kau ada.? Langsung takda rasa bersalah atas apa yang kau dah buat pada perasaan orang lain..! Seolah-olah macam tak da apa-apa yang berlaku..Pandai dan licik kau menipu perasaan orang lain kan..? TAHNIAH kau berjaya..Maybe ini hari aku..Aku terima semua dugaan dan ujian ALLAH SWT. Sebab aku yakin ALLAH SWT sentiasa ada dengan setiap hambanya..

Aku rasa kau tahu apa yang dah kakak kau tulis and bagi kat FB aku..Sampaikan salam aku padanya sebab dia berjaya buat aku BENCI dekat kau. Walaupun hati aku sakit. Korang mana tau..! Yang korang tau cuma nak jaga hati sebelah pihak je..Hati aku korang mana PEDULI kan..? Aku tak kisah pon semua tu..Sebab aku dengan kau pun dah takde kene mengena..

Yang paling aku tak suka kenapa mesti kakak kau masuk campur dalam semua yang terjadi antara kita..? Kau dah terdesak sangat sampai nak mintak tolong dia..? Entah pendirian LELAKI apa yang kau ada sampai kau kena mintak tolong dia buatkan KEPUTUSAN untuk kau. Macam dia yang CIPTA kau kan..? Ingatlah ALLAH SWT tu MAHA MENDENGAR DAN MAHA KUASA..

Dan janganlah JUDGE aku seolah-olah kau dah kenal aku lama.! Nak cerita pasal erti PENGORBANAN, CINTA and KEHIDUPAN dengan aku.? Please la cermin dulu diri sendiri sebelom nak tegor kesilapan orang lain. Sebab aku rasa kau belom LAYAK membandingkan aku dengan orang lain.
" NOBODY IS PERFECT "

ALHAMDULILLAH..Aku ada kawan-kawan yang selalu bagi nasihat dan sokongan dekat aku di saat aku KECEWA dengan sikap kau..Aku ada family yang selalu SAYANGKAN aku dan tak pernah abaikan aku. Syukur sebab ALLAH SWT mengingatkan aku supaya tak tertipu dengan kau lebih lama..!

Kau ingat aku tak BAHGIA sebab aku kehilangan kau..? KAU SILAP..! Aku ada matlamat hidup dan impian aku sendiri. Aku akan capai semua tu lebih dari apa yang kau capai sekarang..

Kejam kan aku.? Tapi aku rasa kau lebih kejam dari aku...! sebab kau sanggup MENIPU orang yang betul-betul mencintai kau dulu. Yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kau. Seboleh-bolehnya aku nak jaga hati kau macam emas..TAPI kau balas dengan najis..Memang kau langsong takda hati perot..Entah apa salah aku pada kau sampai kau sanggup nak jadikan aku mangsa PENIPUAN kau...!

AKU BENCI kau dan entah bila aku akan buka hati aku untuk MAAFKAN KAU..! yang cuma menganggap aku hanya "SKANDAL" kau atau bahasa kasarnya PEREMPUAN SIMPANAN..

Kau berjaya tapi kau jangan ingat kejayaan yang macam ni yang kau nak banggakan sangat..!
Ingat dan sedarlah. Moga ALLAH SWT buka pintu hati kau..

Semua yang berlaku akan menjadikan aku lebih matang untuk menilai manusia especiallynya LELAKI..Selama ni aku berdiam dan kau jangan ingat aku ni perempuan yang senang dipijak-pijak.

~Kisah kau dan aku hanya sebuah kesilapan dan mimpi ngeri dalam hidup aku~
.....................................................

16 comments:

Mizah Ady said...

Kak erin,

Be strong ok ! chayok chayok.Akak layak dapat yang lebih baik.Aminnn.

miss u Kak Erin =)

CIK ERYN said...

tenkiu =)
da sgt strong..
akan pandang ke hadapan...
tenkiu dear...

Pusat Ict Batu Desa Batu 20 said...

kak eryn sabar....

CIK ERYN said...

akk ok je..
cite lama...

dari~ummie said...

dear,dia memang langsung tak layak disayangi ko lagi...

aku bersykur sangat ko dah lebih kuat n tabah. malah ko lebih kuat dari dulu..i'm so happy...this is the hikmah..biarkan mamat tu dgn labunya...

aku syg ko eryn!! muah!

CIK ERYN said...

ak kuat sebab aku ada family dan kawan2 yg olwez ingatkan aku..
bg supot dan nasihat..
tenks umy, tenks semua..

aku pon sayang ko
doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat yer =)

CIK ERYN said...

be strong..family mu sentiase berade disisi walau pe pon yg berlaku..ramai lg yg menyayangi along..

chenta said...

sabar la eryn...Allah menemukan kau dengan orang yang salah sebab dia akan menemukan kau dengan orang yang jauh lebih baik.. ^_^

CIK ERYN said...

tenks sya...
pasni nak hati2 memberi cinta
wat ape kita bg cinta kat org yg langsung xtau nak hargai kita..
kali ni dia tipu aku, mayb die bahagia..
sebb ak tau ALLAH SWT tu MAHA ADIL...

nawar said...

eryn, aku tau citer cinte ko ni sedey tapi aku asek tegelak je bile bace sebab tebayang muke ko tengah semangat taip2 blog. hahaha

apepon, sabar je la ye. laki tu x deserve pon dpt ko. bongek la bliau tu. haha

-nawar

CIK ERYN said...

tenkiu dear =)
semangat ekkk aku..poyo je ak tgok...

EyEdA said...

mgkin saat ptemuan eryn dgn dia, psgn eryn sbnrnye sdang mngalami proses yg sme..
bkenalan..bcinta & bpisah..
ini hynlah 1 pngalamn dlm idop kalian utk sme2 mnerima diri seadenye..
dan belajar ttg cinta itu sndri..
who knows rite??

HaQiTa said...

maaf kak sbb br bace entry ni..
tiqa sokong akak dr semua sudut..
btl ape akak ckp n ape yg akak buat.
soal utk memaafkan tu..
mmg payah. tiqa tau betapa payah nya.
sampai mungkin boleh membuat kan kita jd pendendam.
tp pelan2 la utk memaafkan..
ikhlas kan hati dgn ujian ni..
insyaallah kite akn memaafkan dy.
kalo x, akak juge yg parah.
akak pon tau kn kite ni hdp kene slg memaafkan..slow2 k..
tiqa pon penah rase cm ni..
i love u sis..

CIK ERYN said...

eyda : kak..kenapa perlu berpisah kalo kita dah betemu dgn org yg betul2 kita nak..?
somtimes i feel dat way..
but i noe..
ALLAH SWT is the great
mesti semua yg berlaku ad hikmahnye kan..
tenks sista,,
u've realize me in many ways..

Tiqa : time kasih yunk..
akk akan memaafkan die..
one day..mayb tomorrow,next week,next years or ???
entahla..
kdg3 akk fikir semuanya akan jadi complicated kalau ad org ketiga,keempat dan ...

ieyka02 said...

kak eryn kite kuat kn..yes i know n really admit it..xpew kak..berterabur ag lelaki kt luar yg lebey baek n sygkn akak..one fine day u'll find it..:) focus on ur job jew kak..lovey dovey thingy nie bia jew dulu..heheh..poyo kn kite bg advice..hihi..

CIK ERYN said...

tenkiu ika =)

TENKIU Singgah

  

Jom share link blog korang ❤

✖DO&DONT✖

♥Kalau suka sama CIK ERYN♥
♥Sila klik pada TABUNG MASA DEPAN beliau♥
♥Di sebelah kiri blog♥

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ye!!
Kalo rase belog CIK ERYN menyakitkan mata..memedihkan telinga
SILE KELUAR IKOT PINTU KANAN!!OK:)

♥ Senaman untuk menghilangkan mengantuk
atau stress ♥