Wednesday, November 24, 2010

Murah ke mahal..? *mana jadi pilihan*

Assalamualakum.
~tengah lepas gian nak update entry~
Sila jangan mengamuk bila baca entry-entry C.E yang kurang berilmiah ni..! jam dah pukul 3.42 pg. Mud nak tidur belom datang..? gamaknya besok kat opis, menguaplah 25 jam. Aissy terlebih 1 jam sebab tiru nama kedai mamak kat Parit Raja - Kedai 25 Jam..Cessss, merepek lagi..!
Nak bercerita pasal kisah sebuah/sepasang/seekor tetikus. Entah nak pakai penjodoh bilangan apa..?

Jom Baca sub entry ni : Aku sebuah tetikus

Nama aku tetikus. Aku dibeli oleh tuan aku dengan harga RM10 semasa di PC Fair. Aku berkulit hitam dan aku akan mengeluarkan cahaya apabila ada tindak balas arus elektrik denganku. Aku tiada mak dan tiada ayah. Oleh yang demikian aku tidak pasti bila aku dilahirkan. Tuan aku yang comel ni pun tak tau bila aku lahir..? PELUPA betul.! Aku gembira dapat berkhidmat dengan tuan aku. Dia sentiasa memerlukan aku. Al-maklumlah touch pad Encik Muhammad Lenovo langsung tidak membantu kerja sehariannya. Plus, tuan aku memang tidak boleh hidup tanpaku.

Aku sudah banyak kali dicederakan oleh tuanku. Kadang-kadang tanpa tuan aku perasan aku ditempatkan di dalam sebuah beg hitam yang boleh dikatakan sudah lapuk dimakan usia. Aku dibiarkan keseorangan dalam beg itu. Tapi selalunya tidak lama aku berada dalam beg itu, cuma sekejap.
Kan aku dah kata, tuan aku SANGAT MEMERLUKAN AKU.

Ada lah satu hari tu tuan aku lupa nak bawak aku masa prezentation. Kelam kabut dibuatnyer. PADAN MUKA..! Nasib baik ada kawan seuniversiti yang baik hati pinjamkan tetikus lain untuk beliau. Kalau tak, mati kutu dibuatnya. Korang mesti pelik..? mana aku tau cerita ni. Konfemlah bukan tuan aku yang cerita kat aku..! Kawan aku, tetikus cap X yang bgtau.

Aku pernah patah tulang tau. Tanpa sengaja tuan aku pernah cederakan aku. Habes semua komponen-komponen dalam badan aku tercabut. Tapi magiknya lampu L.E.D aku masih menyala. Dasyat kan..? haha
Dengan penuh gelabah, tuan aku mencantumkan semula komponen-komponen yang dah tercabut tu..! tak sangka tuan aku ni bijak orangnya..pandai jugak dia cantumkan aku semula. Cessss..ni mesti budget nak beli tetikus baru..Takpelah lagipon aku sangat SETIA dengan tuan aku ni. Orangnya pon BAIK dan COMEL. Opsss, puji lebih-lebih sebab nak dapat perhatian and kasih sayang lebih dr tuan aku..Kah kah..

Aku harap aku akan dapat berkhidmat dengan tuan aku sehingga ke akhir hayat beliau. Lagipon apelah sangat kegunaan aku ini untuknya, Sekadar untuk RIGHT AND LEFT CLICK aje. Aku sangat berguna untuknya bila mana dia tengah buat coding atau apa-apa kerja sekolah yang beliau kena siapkan. Nasib baik tuan aku ni jenis tak suka sangat layan apa-apa GAME, kalau tak mesti aku penat.
-TAMAT-
p/s : takda gambar aku yang latest sebab aku malu nak tangkap gambar sendiri..! bukan macam tuan aku, 25 jam bergambar. gelak guling-guling sama beliau..

Weee. itulah kisahnya.
The moral of story, tak kisahlah barang tu murah ke mahal. Janji kita pandai jaga, insyaallah barang tu akan tahan lama. Tak semestinya barang murah tu TAK BERKUALITI and tak semua barang mahal tu BERKUALITI kan..? So korang fikirlah sendiri, PRO and CON. hehe.
SELAMAT BERFIKIR

3 comments:

dari~ummie said...

hahaha...comel je..nama kedai 25 jam..
tapi aku x pernah makan situ ;)

::ThisIsNotMe:: said...

tetikus mmg cepat rosak.

ღCIK ERYNღ said...

Umy : hehe..ak penah makan sane
rojak singapore..fuh besh giler..=)

Nely : tu la..tp tetikus ak ni my kesayangan..hehe

TENKIU Singgah

Jom share link blog korang ❤

✖DO&DONT✖

♥Kalau suka sama CIK ERYN♥
♥Sila klik pada TABUNG MASA DEPAN beliau♥
♥Di sebelah kiri blog♥

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ye!!
Kalo rase belog CIK ERYN menyakitkan mata..memedihkan telinga
SILE KELUAR IKOT PINTU KANAN!!OK:)

♥ Senaman untuk menghilangkan mengantuk
atau stress ♥