Assalamualaikum u'olss..Harini C.E cuti lagi.Maklumlah mintak kat boss cuti seminguu.Haaaa,baru puas hati..!Rase nak extend lagi seminggu.Ingat boleh bakar lemak,rupenye hancus.Makin banyak lemak,C.E ternak.Padan muka sape suroh tak kawal nafsu makan.Harini C.E nak bercerite pasal satu jenis manisan yang popular kat negara India,Pakistan dan Bangladesh iaitu Soan Papdi.Soan papdi ni dibuat daripada minyak ghee atau lebih dikenali dengan nama minyak sapi.Ade jugak ingredient lain iaitu gula,tepung,susu,almond,pistacio dan cardamom atau lebih dikenali dengan nama buah pelaga.
Soan Papdi ni manis tau.Boleh diabetes kalau makan selalu.Tapi sedap tak ingat.Mule-mule kawan C.E yang bawak dari India.Rasa sekali nak lagi.!Harganye pon tak la mahal sangat.Makan sekali sekala bolehlah.Nak selalu memang cari penyakit la..kadang-kadang rasa soan papdi ni seakan-akan rasa kacang tumbuk.Rapuh dan sangat halus.Bila letak dalam peti ais,keras semacam.Bila letak kat luar,barulah die lembut dan rapuh sangat.Bile makan die terus larut dalam mulut macam makan gule-gule kapas.
Balik dari Hyderabad haritu,C.E beli bnyk soan papdi.Tapi sikit je C.E jamah sbb tak berapa larat sangat nak makan manis-manis.Haritu dekat sane,asyik makan dan minum bende manis.Patotla bile balik Malaysia sakit-sakit.
Takot jugak kalau ade kencing manis sbb keturunan C.E mmg banyak yang ade kencing manis.Sekarang ni usia tak jadi penghalang samada muda atau tua.Kalo korang teringin nak rasa soan padi,pegi try cari kat Little India,Klang or dekat brickfields.Kat sane mesti banyak :)
No comments:
Post a Comment