Mission trip ke Penang kali ini lebih pada aktiviti jalan-jalan cari makan. Simpan niat lepas kahwin nak pergi tempat yang ada makanan sedap dan ada pantai. Kami, suami isteri pulak jenis yang suka explore makan.
Laki bini muka kembang sebab suka makan!
Laki bini muka kembang sebab suka makan!
Kalau datang Penang, tak makan nasi kandar, tak sah tau. Macam-macam nasi kandar ada dekat sini. Nasi kandar beratur, nasi kandar Deen Maju, nasi kandar Hameediyah, nasi kandar Pelita dan macam-macam lagi kedai nasi kandar bermula dari pagi sampailah ke tengah malam. Plus, ada kedai bukak 24 hours, on the go.
Penang mesti cari telor sotong tau
Kami book tiket flight ke Penang dengan penerbangan tambang murah Air Asia. Harga normal rate, RM161, pergi balik/pax. Kami stay dekat bandar Georgetown 2 malam dan Batu Feringghi 2 malam. Saja nak merasa stay tempat lain-lain. Dekat Georgetown kami bermalam di Hotel Sentral Georgetown dan dekat Batu Ferringhi kami bermalam di hotel My Budget Home.
Ini total kos penginapan kami sepanjang 4 malam.
Hotel Sentral Georgetown (Superior
Double/2malam)
|
RM262.80
|
Hotel My Budget Home (Deluxe
Double/2malam)
|
RM300.00
|
Total Kos Penginapan ( 5 hari 4 malam)
|
RM562.80
|
Sebelum sampai Penang, ada request dekat pihak hotel nak deco honeymoon. Nak jugak merasa katil dihias dengan bunga ros, lepas tu ada 'welcome drink' and coklat. Nak buat kejutan untuk suami tercinta. Alhamdulillah dapat jugak merasa mood honeymoon tu dekat My Budget Home. Thank you sebab sudi bersusah payah tunaikan request walaupun di saat-saat akhir.
Hotel ini murah dan terletak dekat dengan tempat tarikan pelancong
Kami tak sewa kereta langsung dekat sana. Rasa rugi pulak sebab kami pun takda niat nak shopping sakan. So, kami decide untuk sewa scooter sepanjang trip. Benda paling payah dekat Georgetown adalah part nak mencari orang yang sediakan servis sewa motor. Punyalah payah, sebab info tak banyak. Alhamdulillah lepas call macam-macam orang, dapatlah jumpa dengan Mr Jack. Location sewa motor ni dekat Carnarvon Street sebelah dengan kedai makan Tek Sen Chinese. Harga sewa sangat berpatutan dan condition motor memuaskan. Dari 5 bintang, kami bagi 3.5 bintang.
Contact Mr Jack : +60124055937
Location : Hotel Heritage Sixteen16,
Carnarvon Street,Georgetown,10100 Penang
Nak tau mana kami pergi sepanjang kami di Penang and apa lagi tempat makan best yang kami nak share? Nantikan blog yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment