Tuesday, November 29, 2011

Passport

Assalamualaikum.Hai u'ols
I'm back again.Rindu tak..??Alaa cakap je rindu.Kan senang.hehe
Last week C.E pegi buat passport kat Putrajaya.Kalau nak buat kat tempat lain sehari baru siap.But buat dekat Putrajaya ni tak sampai 1 jam dah boleh siap.Amazing kan..??

U'ols mesti dah ada passport kan.C.E je yang takde lagi.Al-maklumlah takde plan nak pegi oberseas.Kononnya.haha.Okeh,meh C.E nak cerite sikit proses-proses nak buat passport ni.
First,u'ols mesti sediakan 2 keping gambar.Cakap kat kedai gambar tu saiz untuk buat passport yer(3x5cm) macam yang dalam borang tu nak.Lepas tu fotostat IC 1 salinan, download borang permohonan passport dalam website Jabatan Imigresen and sediakan duit sebanyak RM100 kalau nak yang masa 2 tahun and RM300 untuk 5 tahun.
Sampai je kat Jabatan Imigresen tu C.E kena beratur untuk ambik no.giliran.Masa nak dapatkan no.giliran tu,abang Imigresen tu check samada kita bawak tak gambar and IC.Kalau tak bawak sila-silalah pegi begambar yer.Nasib baik C.E dah sediakan semua.Kalau tak jenuh jugak nak beratur balik.Sebab ramai sangat orang masa tu.Al-maklumlah nak cuti sekolah dah kan.Masing-masing nak pegi melancong kat oberseas.Huh..!
Bila nombor dah dipanggil kita kene hantar borang permohonan yang kita dah isi tu kat kaunter.Die mintak kita sign kat bahagian-bahagian tertentu and mintak cop ibu jari kita.
And then nombor kita akan dipanggil sekali lagi untuk proses bayaran.And the last part, kita akan dipanggil lagi untuk proses penyerahan passport.Masa nak tunggu nombor kita dipanggil masa the last part, lambat la jugak sbb masa tu tengah ramai orang.Sempat la C.E pegi toilet and beli air dekat luar.
Bila nombor "1118" dipanggil,semangat C.E pegi amik.Yeayyy dah ada passport.Walaupun gambar kat dalam passport tu dah macam muka polis je kan,TAPI C.E teruja kowt.Tak pernah terlintas dek fikiran nak buat passport.Lepas ni bolehlah melancong ke Singapore,Indonesia,and bla.bla.bla.Pergh berangan..

Okes la u'ols.Dah pukol 1 pagi ni.Besok kerja.Nanti C.E update lagi okeh.
Bye semua :D

No comments:

TENKIU Singgah

Jom share link blog korang ❤

✖DO&DONT✖

♥Kalau suka sama CIK ERYN♥
♥Sila klik pada TABUNG MASA DEPAN beliau♥
♥Di sebelah kiri blog♥

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ye!!
Kalo rase belog CIK ERYN menyakitkan mata..memedihkan telinga
SILE KELUAR IKOT PINTU KANAN!!OK:)

♥ Senaman untuk menghilangkan mengantuk
atau stress ♥