Wednesday, November 15, 2017

TRIP JALAN-JALAN CARI MAKAN 5 HARI 4 MALAM DI PULAU PINANG (PART 1)

Mission trip ke Penang kali ini lebih pada aktiviti jalan-jalan cari makan. Simpan niat lepas kahwin nak pergi tempat yang ada makanan sedap dan ada pantai. Kami, suami isteri pulak jenis yang suka explore makan.


Laki bini muka kembang sebab suka makan!

Kalau datang Penang, tak makan nasi kandar, tak sah tau. Macam-macam nasi kandar ada dekat sini. Nasi kandar beratur, nasi kandar Deen Maju, nasi kandar Hameediyah, nasi kandar Pelita dan macam-macam lagi kedai nasi kandar bermula dari pagi sampailah ke tengah malam. Plus, ada kedai bukak 24 hours, on the go.

Telor sotong dekat nasi kandar Deen Maju terbaik!kalau datang
Penang mesti cari telor sotong tau

Berbaloi beratur panjang walaupun harga makanan dekat sini mahal sikit

Kami book tiket flight ke Penang dengan penerbangan tambang murah Air Asia. Harga normal rate, RM161, pergi balik/pax. Kami stay dekat bandar Georgetown 2 malam dan Batu Feringghi 2 malam. Saja nak merasa stay tempat lain-lain. Dekat Georgetown kami bermalam di Hotel Sentral Georgetown dan dekat Batu Ferringhi kami bermalam di hotel My Budget Home.

Ini total kos penginapan kami sepanjang 4 malam.


Hotel Sentral Georgetown (Superior Double/2malam)
RM262.80
Hotel My Budget Home (Deluxe Double/2malam)
RM300.00
Total Kos Penginapan ( 5 hari 4 malam)
RM562.80

Sebelum sampai Penang, ada request dekat pihak hotel nak deco honeymoon. Nak jugak merasa katil dihias dengan bunga ros, lepas tu ada 'welcome drink' and coklat. Nak buat kejutan untuk suami tercinta. Alhamdulillah dapat jugak merasa mood honeymoon tu dekat My Budget Home. Thank you sebab sudi bersusah payah tunaikan request walaupun di saat-saat akhir.
Hotel ini murah dan terletak dekat dengan tempat tarikan pelancong

Kami tak sewa kereta langsung dekat sana. Rasa rugi pulak sebab kami pun takda niat nak shopping sakan. So, kami decide untuk sewa scooter sepanjang trip. Benda paling payah dekat Georgetown adalah part nak mencari orang yang sediakan servis sewa motor. Punyalah payah, sebab info tak banyak. Alhamdulillah lepas call macam-macam orang, dapatlah jumpa dengan Mr Jack. Location sewa motor ni dekat Carnarvon Street sebelah dengan kedai makan Tek Sen Chinese. Harga sewa sangat berpatutan dan condition motor memuaskan. Dari 5 bintang, kami bagi 3.5 bintang.

Contact Mr Jack : +60124055937

Location : Hotel Heritage Sixteen16,
Carnarvon Street,Georgetown,10100 Penang

Nak tau mana kami pergi sepanjang kami di Penang and apa lagi tempat makan best yang kami nak share? Nantikan blog yang seterusnya.


Stay tune untuk entri blog yang seterusnya!

Tuesday, November 7, 2017

My wedding photo



Assalamualaikum semua,

Yayyyy, finally gambar kahwin i dah siap. Cantik sangat!!tak sampai 2 bulan i dah dapat gambar kahwin. Good job MedyandMika team. Memang sangat berbaloi and puas hati sangat dengan servis MedyandMika. Photographer awesome dan super sporting. Kualiti tip top dan harga berpatutan.
Boleh visit page photographer i dekat FB : MedyandMika. Nama owner MedyandMika, Mohd Izhar. Nama MedyandMika ni pun nama anak owner. Cute sangat letak nama anak kan.

Ni link FB photographer dengan my bridal masa i kahwin haritu.
Photographer : https://www.facebook.com/medyandmika/
Personal FB photographer : https://www.facebook.com/profile.php?id=581090137
Wedding Bridal : https://www.facebook.com/faridah.salleh

Enjoy my wedding photo.
Nikah i pada 26.8.2017(Sabtu) dan sanding pada 27.8.2017(Ahad)

Alhamdulillah sah jadi isteri kepada sang suami

Ini deco DIY akad nikah

Kawan dari zaman universiti,Akeem.TQ datang

Thank you Asri dan Kak Aida datang masa akad nikah

Abah, wali yang paling cool masa hari akad tu

Family in law dan keluarga pak anjang (belah suami)

Atok dari Perak (belah mama)

Keluargaku tercinta

Cincin kahwin

Cantik-cantik adik suami

Abah, I love you yesterday,now and forever

Cantiknya mama!

Bridesmaid dan pengapit,subhanallah gojes semuanya

Abah dan mama

Ayah

Ayah dan ibu, terima kasih sebab sudi terima as menantu

Apa gelak-gelak tu?orang tengah nervous tau

Sesi menari bersama suami dan bridesmaid

Cantik sangat pelamin nikah masa tu

In law

Eh? janganlah main tarik-tarik,malu sister

Tak tau nak  kata apa?sangat cantik dan sangat puas hati

Comelnya korang semua

Adik beradik mama

Nasir's family

Terima kasih korang!cantik gambar ni,paling WIN!!!

Kawan baik masa zaman universiti,datang dari jauh ni

Kerusi pelamin, memang dah lama nak yang macam ni

My sweetness,my sugar

Adik-adik kesayanganku

Abah dan mama,terima kasih sebab jaga Along 30 tahun lamanya

Tanpa korang semua, tak meriah majlis ni tau

Kawan-kawan UTHM,semua turun.Terima kasih korang

Keluarga belah abah

Thursday, June 22, 2017

Nak kahwin dah

Assalamualaikum & hai korang...
Ehem ehem,lagi 2 bulan nak tukar status dari Cik ke Puan..Dup dap dub dap!!Nanti Cik Eryn share semua preparation kahwen dari A sampai Z.So stay tuned...


Rindu followers dan rindu blog.

Saturday, September 10, 2016

Sorry!!!

Hi & assalamualaikum pada semua bloggers & follower CE yang still follow blog CE ni. Rasenya CE tak nak lagi pakai gelaran CE.Maybe nak tukar CE to Kak Long.Okay tak??


Kak Long in the house you all..



Besoklah kak long update story ye!

malam ni kena tido awal sebab besok pagi dah start kelas balik and besok ade date dengan future MIL
Good nite uols dan goodnite encik tunang


p/s : sorry for today.



Friday, May 20, 2016

Thank you Allah for the great gift

Assalamualaikum everyone,
Good morning and have a great day!!
I just want to say TQ to the people I loved the most especially to my parents,my dad Mr. Muhammad Nasir bin Mohd Khalid and my mom Mrs Maimon Abdul Hamid for raising me up.To my beloved friends who always being there with me and special thanks to Mohammad Nurdin for coming into my life.

Yet this year will be the new chapter in my life and I am so blessed with all the gift I've had.
Syukur alhamdulillah....

Tuesday, May 17, 2016

Any experience with Lion Air flight?anyone..

Good morning and assalamualaikum everyone,

How was your day?cheer up guys because life is too short to be sad 😬 counting days to go for holiday,yeayyyyy!i've been stone cold for too long here.

Is there anyone here have experience with Lion Air flight from Bali to Lombok?first time experience with Lion Air and I saw many bad review fom Trip Advisor.Just being cautious on the safety.

It took around 30mins journey and I hope everything is smooth.
Have a great day girls 😘

Monday, May 16, 2016

I want new look for my blog.Any suggestion?

Hi and assalamualaikum everyone,

Just a quick update before I went to bed.I might change my blog layout to a simple one.Let it be more professional and not too messy.

Okay tak?
But just be patience there because I am still looking for the right time to change everything.I just wish I can hire a designer.. hahaha

Good night girls 😘

Sunday, August 16, 2015

UiTM Di Hatiku

puiii title!
di hatiku sangat kan..cewah...

Alhamdulillah!secara rasminya Cik Eryn dah berdaftar sebagai pelajar Master dalam Com Sc. Termakbul jugak impian nak sambung belajar. Nebess okeh sebab dah lama tinggalkan alam persekolahan.

Hopefully Cik Eryn boleh bahagikan masa antara kerja dan belajar. No cinta-cinta okeh bebeh!next week 22 Aug ada briefing dengan koordinator Com Sc. - Dr Nasiroh Omar. So bermulalah moment moment kebizian belajar.

Campor-campor perasaan sekarang ni!But yang paling utama rasa bersyukur ke hadrat Ilahi.

Tuesday, January 14, 2014

salam maulidur rasul uols..

Assalamualaikum uols.
Salam maulidur rasul untuk semua muslim dan muslimin.
Pegi mana uols cuti-cuti ni?jom buat amalam sihat.
Workout..Eat clean...


Monday, January 13, 2014

kawan yang baik ada di kala kita sedih dan gembira...

Assalamualaikum and selamat malam semua..
Tengah bosan-bosan dalam train so rasa rindu pulak dengan my baby blog 
Baru balik layan karaoke dengan Maria and Nancy.Thanks kawan-kawan sentiasa bersama di kala suka dan duka.Rasa terharu sangat sebab uols sudi hiburkan hati iols yang tengah sedih ni.
Bersyukur sangat pada tuhan sebab menganugerahkan saya kawan-kawan yang cukup indah and sayang dekat saya.Sebab taknak saya sedih,dorang ajak saya pegi hamburkan semua rasa sedih saya dekat tempat karaoke.
Rasa dapat keyakinan balik bila dengar bait-bait lagu I will survive tadi.Saya tahu saya seorang yang sangat kuat,penyabar dan tidak mudah putus asa.Demi kerana seorang lelaki,kenapa saya perlu kecewa kan.Masih banyak lagi lelaki di luar sana yang lebih baik dari dia.
Just nak wish tenkiu dekat kawan-kawan saya yang selalu ada untuk saya di kala duka dan tawa.Semoga Allah swt merahmati perjalanan hidup korang di dunia dan di akhirat.
Saya nak jadi diri saya balik.Eryn yang kuat and cekal hatinya,berani and confidence.No tears anymore that can come out from me.
Lots of love.
Truely from my heart:erynchumei♥

TENKIU Singgah

Jom share link blog korang ❤

✖DO&DONT✖

♥Kalau suka sama CIK ERYN♥
♥Sila klik pada TABUNG MASA DEPAN beliau♥
♥Di sebelah kiri blog♥

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ye!!
Kalo rase belog CIK ERYN menyakitkan mata..memedihkan telinga
SILE KELUAR IKOT PINTU KANAN!!OK:)

♥ Senaman untuk menghilangkan mengantuk
atau stress ♥