Thursday, June 7, 2012

Sah.!memang aku dah makin tua

Assalamualaikum
Pernah tak korang rasa korang makin tua?Means ada tanda-tanda ketuaan pada diri korang walhal umor korang takdelah tua sangat.

Bila umor dah melangkah ke 25 tahun ni, C.E rasa macam malas nak bersolek-solek sangat. Dulu before pegi kerja wajib ada maskara dengan blusher. Sekarang ni pakai bedak,foundation dgn lipstik je. 

Lepas tu dulu rajin pakai selendang lilit kiri kanan, sekarang lebih selesa pakai tudung sarung. Dulu gatal nak bergaya pakai baju mix and match. Sekarang ni main bantai je pakai baju asal selesa.

Dulu rajin je nak belajar,nak tahu semua benda.Sekarang ni makin pening kalau tahu banyak benda sangat.
Takot pulak bile mengenang nasib diri.
Contohnya situasi harini. C.E kena create test data untuk execution. Entah macam mana bongek plus blur, C.E dah salah konsep.Mintak tolong dengan budak A,budak A explain entah ke laut China Selatan sampai C.E pening-pening kepala nak fahamkan benda yang dia ajar.Kepala rasa berat nak terima pembelajaran yang diajar and dixplain.Rasa macam kat sekolah menengah dulu masa cikgu ajar subjek Matematik Tambahan.
Situasi kedua. C.E banyak sangat makan hati dengan orang. Cakap sikit dah emo,cakap banyak sentap!better tak payah cakap dengan sesiapa kan.!Lepas tu layan perasaan sorang diri.
Ehh Eryn,kau ni dah macam orang tua bila tak dapat perhatian daripada anak-anak.haha.
Tadi kawan C.E bgtau dia nak kawen tapi takde calon.C.E pon nak kawen jugak.Siapa tak nak kawen.Cuma kita tak tahu jodoh kita siapa.Kita tak tahu bakal suami kita tu siapa.And banyak lagi C.E perlu baiki sebelom nak kawen.Skill memasak,skill mengurangkan merajuk,skill menjadi isteri dan ibu yang baik and macam-macam benda lagi yang kena belajar.
Harini hari tak best sangat.C.E paling tak suka memeningkan diri sendiri.Kadang-kadang jadi orang yang terlalu emosional ni susah jugak.Takkan la kita tak boleh biarkan diri kita dimarah or dibahan kan?i means kalau kawan-kawan nak bergurau dengan kita tak salah pun cuma depends pada kita samada kita boleh terima atau tak.Tapi prinsip C.E jangan lukakan hati orang sebab melukakan hati seseorang tu adalah perkara yang tidak baik.Perasaan hati takde siapa yang tau.
Oklah,dah pukol 1.10 pagi.Besok nak kena kerja.Kerja OH Kerja.Harap-harap everything will be OK for tomorrow.
Mood:jiwa kacau.sekian.bye!(baru lepas sentap dengan seseorang)
p/s:kawan yang paling baik and jujur(congrates Amir)

No comments:

TENKIU Singgah

  

Jom share link blog korang ❤

✖DO&DONT✖

♥Kalau suka sama CIK ERYN♥
♥Sila klik pada TABUNG MASA DEPAN beliau♥
♥Di sebelah kiri blog♥

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ye!!
Kalo rase belog CIK ERYN menyakitkan mata..memedihkan telinga
SILE KELUAR IKOT PINTU KANAN!!OK:)

♥ Senaman untuk menghilangkan mengantuk
atau stress ♥